Tema warna raya yang viral tahun 2025 pilihan netizen!
Min dah study dekat ruangan-ruangan komen berkenaan warna tema Raya tahun 2025. Nak tahu warna TOP 1 yang bakal dipilih oleh netizen? Nah korang baca sendiri komen-komen yang Min dah screenshot ni.
Jawapannya BURGUNDY! Tapi mereka kata warna Burgundy nanti (2025) tidak akan menjadi warna yang “awam” atau bahasa mudahnya warna yang terlalu ramai orang pakai. Ini hanyalah berdasarkan apa yang Min nampak di beberapa posting video TikTok tentang “tema warna raya 2025”. Mungkin sebenarnya “tidak awam”.
Nak tahu contoh warna Burgundy tu bagaimana warnanya? Okay Min tunjuk beberapa contoh di bawah.
Warna Burgundy ini sebenarnya adalah seperti warna Maroon. Tetapi seperti versi pudar dan sedikit gelap. Sesetengah orang mungkin akan tersilap pilih warna kerana kedua warna tersebut tidak mempunyai banyak perbezaan. Tips dari Min, jangan tenung warna Burgundy lama-lama kerana nanti korang konfius!
Sekiranya baju raya warna Burgundy kebanyakan stok sudah habis di brand-brand kegemaran anda, anda masih boleh memakai baju raya berwarna Maroon. Tips dari Min supaya dalam gambar nampak seperti Burgundy: Buka gambar tersebut, tekan edit, pilih saturasi, turunkan 30%. Kemudian berjaya menjadi warna Burgundy! Kekurangannya adalah gambar sekeliling juga akan nampak sedikit pudar.
“Min ada cadangan idea warna menarik tak untuk Raya 2025 nanti?”
– Mestilah ada. Okay Min sediakan 12 contoh warna raya di bawah.
Lihat juga Kurta Raya dan Jubah Raya dengan tekan butang di bawah:
Min harap blog ini dapat membantu anda. Share blog ini supaya sedara-mara atau kenalan anda mudah mencari pakaian Raya 2025. Terima kasih!
Disunting oleh: Wafi (sebagai Min dalam blog), Al Haraman Sdn Bhd
24 Oktober 2024, 5:38PM